Tuesday, 8 April 2014

Latihan Kebakaran di SK Wan Sulaiman Sidiq


Pada 8 April 2014, kira-kira jam 9.30 pagi, seluruh warga SK Wan Sulaiman Sidiq telah terlibat dengan latihan kebakaran. Ini adalah bertujuan untuk memastikan seluruh warga sekolah sentiasa bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan yang akan terjadi.

Semua pelajar serta guru berkumpul di padang setelah mendengar loceng kecemasan yang telah dibunyikan.


Guru Besar SKWSS, Tn. Hj. Che Omar memberikan sedikit taklimat kepada para pelajar.


 Encik Mazwan serta Puan Ain menunjukkan cara-cara untuk memadam api.


 Encik Mazwan menunjukkan cara untuk memadam api dengan betul.


Salah seorang pelajar yang membuat demonstrasi untuk menyelamatkan mangsa kebakara.


Pihak sekolah amat berharap agar latihan seumpama ini dapat membantu seluruh warga SKWSS ketika berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini.




Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah


Pada 3 April 2014 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Wan Sulaiman Sidiq telah menjemput Encik Mokhzani bin. Md Khir daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Setar dan Pokok Sena untuk memberikan sedikit taklimat mengenai 'Bahaya Dadah' kepada pelajar tahun 4, 5 dan 6. Taklimat tersebut bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 4.00 petang.

 Banner sempena Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah


 Pelbagai input-input serta info-info yang berguna mengenai bahaya dadah disampaikan oleh Encik Mokhzani kepada para pelajar. Antaranya ialah mengenai:

  • Penyalahgunaan dadah
  • Langkah-langkah awal untuk memastikan kita bebas dari dadah
  • Sebab-sebab terlibat dengan dadah
  • Tanda-tanda awal pengunaan dadah
  • Hukuman yang dijatuhkan kepada mereka yang terlibat dengan dadah

Pihak sekolah berharap agar dengan adanya program seumpama ini, semua murid akan mempunyai kesedaran tentang bahayanya dadah dan akan cuba untuk mengelakkan diri dari terlibat dengan dadah.



 Guru Besar SKWSS, Tn. Hj. Che Omar b. Zainal menyampaikan sedikit cenderamata kepada En. Mokhzani

JAWATANKUASA PENTADBIRAN SK WAN SULAIMAN SIDIQ